Kami bukan sekadar penyedia analisis data. Kami adalah rakan perjalanan akademik anda — dari hari pertama hingga hari graduasi.
Ayden Smart Academy bermula pada 2017 dengan satu misi yang sangat peribadi — untuk memastikan tiada pelajar PhD atau Master yang perlu berhenti di tengah jalan semata-mata kerana tidak tahu cara menganalisis data kajian mereka.
Pengasas kami sendiri pernah berada di posisi itu — stuck selama setahun dalam bab analisis data semasa perjalanan PhD. Ia bukan kerana tidak bijak. Ia kerana tiada bimbingan yang tepat, pada masa yang tepat.
Dari pengalaman itulah Ayden Smart lahir. Supaya pelajar lain tidak perlu melalui perjuangan yang sama bersendirian.
Kini, lebih 1,000 peserta telah menyertai program kami. Lebih 200 pelajar PhD, Master dan penyelidik akademik telah dibantu secara peribadi dalam analisis data kajian mereka. Semuanya private. Semuanya confidential. Dan yang paling penting — semuanya berjaya maju ke hadapan.
Membantu pelajar PhD, Master dan profesional Malaysia menguasai analisis data kajian supaya mereka boleh graduate dan berkembang — walau berapa lama masa yang diperlukan.
Menjadi pusat rujukan utama analisis data akademik dan korporat yang paling dipercayai di Malaysia.
Integriti. Kerahsiaan. Kepakaran. Sokongan berterusan kepada setiap klien dan pelajar yang kami bantu.
Kami tidak terhad kepada satu software. Kami pilih yang paling sesuai untuk kajian anda.
Data dan identiti semua klien dilindungi sepenuhnya. Kami tidak berkongsi maklumat dengan mana-mana pihak — walau dalam bentuk testimoni mahupun portfolio.
Anda tidak perlu sebut nama institusi atau tajuk kajian jika tidak mahu. Kami bekerja berdasarkan keperluan, bukan identiti.
Semua analisis yang kami hasilkan adalah sepenuhnya hak milik anda. Kami tidak menyimpan salinan untuk kegunaan lain.
Hubungi kami untuk berbual lebih lanjut tentang keperluan kajian atau projek anda.